awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut, 11 kritikal akibat wabak meningitis invasif di UK
Masa depan ASEAN kekal positif di sebalik ketegangan geopolitik Asia Barat - Cheah
Thailand undi PM baharu 19 Mac, Anutin dijangka kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan stesen minyak Australia kehabisan bekalan susulan pembelian panik

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
07:40 MYT
Puluhan stesen minyak Australia kehabisan bekalan susulan pembelian panik
Harga runcit petrol dan diesel di beberapa bandar utama turut melonjak melebihi 230 sen seliter, berikutan kenaikan harga minyak global dan permintaan borong yang meningkat.
Berpuluh-puluh stesen minyak di seluruh Australia dilaporkan kehabisan bekalan susulan pembelian panik pengguna yang bimbang terhadap gangguan rantaian bekalan akibat konflik berterusan di Asia Barat, menurut laporan media tempatan.
Harga runcit petrol dan diesel di beberapa bandar utama turut melonjak melebihi 230 sen seliter, berikutan kenaikan harga minyak global dan permintaan borong yang meningkat, lapor The Guardian.
Kekurangan bekalan direkodkan di kawasan luar bandar serta beberapa bahagian Sydney, Melbourne dan Brisbane, dengan sebahagian stesen minyak terpaksa mengehadkan jualan kepada kenderaan kecemasan.
Di beberapa pekan luar bandar, pengedar memaklumkan bahawa bekalan habis sepenuhnya akibat lonjakan permintaan mendadak.
Kerajaan New South Wales menjelaskan bahawa isu terbabit bukan disebabkan kekurangan stok simpanan nasional, sebaliknya disebabkan ketidakmampuan pengedar mengurus penghantaran dalam jumlah besar pada kadar segera bagi memenuhi permintaan luar biasa yang dipacu pembelian panik.
Pihak berkuasa persekutuan turut mengesahkan bahawa permintaan di pasaran spot meningkat secara mendadak dan menekan kemampuan pengedar memenuhi pesanan.
Bagi menangani keadaan itu, kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mengumumkan pelan kecemasan termasuk menyuntik sejumlah besar petrol tambahan ke dalam rantaian bekalan serta membenarkan syarikat minyak melepaskan sehingga satu perlima stok simpanan mandatori mereka.
Selain itu, piawaian kualiti petrol turut dilonggarkan sementara selama 60 hari bagi memastikan sektor kritikal seperti hospital dan perkhidmatan kecemasan terus memperoleh bekalan mencukupi.
Penganalisis pasaran menjangka keadaan kekurangan bekalan dan harga tinggi ini boleh berlanjutan berikutan gangguan global yang berpunca daripada penutupan atau sekatan laluan minyak utama antarabangsa, termasuk di Selat Hormuz.
Laporan industri menyebut sebahagian pengedar bebas kini menghadapi kesukaran serius mendapatkan bekalan, manakala syarikat minyak utama memberi keutamaan kepada pelanggan kontrak tetap.
Walaupun terdapat gesaan supaya catuan bahan api dilaksanakan, kerajaan Australia setakat ini menegaskan langkah tersebut belum diperlukan dan keutamaan diberikan kepada penghantaran bekalan ke kawasan pedalaman yang paling terjejas.
Topic Berkaitan
#Australia
#bahan api
#Krisis Minyak
#Sydney
#NRMA
#Anthony Albanese
#Selat Hormuz
#panik membeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan