awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan

Bernama
Bernama
07/04/2026
12:24 MYT
Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan
Siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan konflik antara beberapa individu dalam kumpulan tertentu dan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman.
Punca seorang lelaki yang maut ditetak di Buntong di sini malam tadi dipercayai berpunca daripada perselisihan antara kumpulan, kata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.
Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan konflik antara beberapa individu dalam kumpulan tertentu dan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman.
"Berdasarkan siasatan awal, ia lebih kepada gang dispute atau pergaduhan kumpulan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Pemerkasaan Pegawai Perhubungan Sekolah Kontinjen Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Meru Raya hari ini.
Noor Hisam berkata seorang suspek berumur 23 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan berkaitan insiden itu.
Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.
"Rakan-rakan mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital (Raja Permaisuri Bainun),” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Noor Hisam Nordin
#bunuh
#siasatan
#Buntong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan