awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pupuk nilai meraikan kepelbagaian, tangkis eksploitasi isu perkauman - Pengarah UM LEAD

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/07/2023
13:35 MYT
Pupuk nilai meraikan kepelbagaian, tangkis eksploitasi isu perkauman - Pengarah UM LEAD
Anis Yusal berpandangan nilai meraikan kepelbagaian ini perlu dipupuk melalui sistem pendidikan kebangsaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu memupuk nilai meraikan kepelbagaian bagi menangkis usaha pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi isu perkauman untuk meraih sokongan.
Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (UM LEAD) Universiti Malaya (UM), Datuk Anis Yusal Yusoff berkata rakyat perlu menolak taktik yang digunakan oleh kumpulan tidak bertanggungjawab yang menatijahkan percakaran dalam masyarakat.
“Setiap pilihan raya kita melihat inilah titik-titik yang digunakan untuk memecah-belahkan masyarakat. Ada orang yang memainkan sentimen perkauman ini untuk meraih undi, supaya dia menjadi jaguh kepada bangsa-bangsa tertentu.
“Sepatutnya rakyat menolak taktik sebegini sebab negara Malaysia ini ada kepelbagaian yang perlu diraikan. Sebenarnya daripada kita terus bercakaran, kenapa kita tidak melihat peluang Malaysia dengan kepelbagaian yang ada untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Beliau berpandangan hal ini perlu dipupuk melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan memberi penekanan kepada nilai hormat antara pelbagai budaya dan bertanggungjawab dengan setiap tindakan.
“Kita mungkin perlu ubah cara kita mengajar dan mendidik. Mungkin dengan perbanyakkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat ibadah, mengenali dan memahami budaya-budaya yang ada. Saya rasa ini pendekatan yang perlu kita mulakan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#pendidikan
#pilihan raya
#Anis Yusal Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan