awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Aktiviti Puspanita akan dibina di Putrajaya

Bernama
Bernama
15/06/2022
00:30 MYT
Pusat Aktiviti Puspanita akan dibina di Putrajaya
Puspanita mempunyai kira-kira 145,000 ahli di seluruh negara. - Puspanita
PUTRAJAYA: Sebuah Pusat Aktiviti Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) akan dibina di Presint 10 di sini bagi menampung pelaksanaan pelbagai program serta aktiviti yang semakin berkembang untuk ahli persatuan itu dan komuniti setempat.
Puspanita dalam kenyataan memaklumkan projek bernilai kira-kira RM22 juta itu dijangka siap pada 2024 dengan dilengkapi fasiliti seperti dewan serbaguna, bilik seminar, gimnasium, kafe serta ruang pameran dan jualan untuk usahawan wanita.
"Konsep reka bentuk yang moden dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti bakal menjadikan pusat aktiviti ini sebagai tumpuan warga Putrajaya dan sekitar," menurut Puspanita dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Kali Ke-40 semalam.
Puspanita mempunyai kira-kira 145,000 ahli di seluruh negara.
Mesyuarat agung itu dirasmikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang juga Penasihat Puspanita.
Sempena mesyuarat agung itu, turut dilancarkan Pelan Tindakan Strategik Puspanita yang menggariskan hala tuju persatuan itu bagi tempoh lima tahun akan datang.
Pelan Tindakan Strategik itu digubal berdasarkan pendekatan dasar 5K iaitu penekanan kepada pelaksanaan program dan aktiviti Puspanita berdasarkan teras Kebajikan, Keilmuan, Keusahawanan, Kelestarian dan Kesejahteraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#puspanita
#Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam
#Pusat Aktiviti Puspanita
#projek RM22 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan