awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat judi berselindung di sebalik pusat hiburan dan istirehat

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2018
21:37 MYT
Pusat judi berselindung di sebalik pusat hiburan dan istirehat
Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata pihaknya akan meneruskan operasi secara berterusan sehingga akiviti perjudian dihapuskan sepenuhnya. - Astro AWANI
Tidak sampai dua minggu beroperasi, sebuah pusat judi simulator diserbu Bahagian Anti Maksiat, Perjudian Dan Kongsi Gelap D7 IPD Gombak pada Khamis.
Dalam serbuan pada jam 2.30 petang itu, premis di Taman Selayang Segar tersebut didapati menjalankan operasi perjudian menggunakan lesen pusat hiburan dan istirehat bertarikh 1 Jan, 2018.
Sembilan individu ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun termasuk seorang penjaga premis. Susulan itu, tiga mesin judi simulator dan sejumlah wang tunai dirampas.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata pihaknya mengesan beberapa pengusaha pusat judi yang kini cuba menggunakan lesen pusat hiburan dan istirehat untuk menjalankan kegiatan mereka.
Hasil intipan mendapati pengusaha premis judi ini menggunakan baucer khas yang akan diberikan kepada pelanggan yang menang.
Kemudian pelanggan ini akan keluar dari premis dan menukarkan baucer dengan wang tunai dengan seorang individu yang menunggu di luar.
"Kita akan meneruskan operasi secara berterusan sehingga akiviti ini dihapuskan sepenuhnya.
"Saya ingin tekankan bahawa pihak polis tidak pernah berkompromi tentang perkara ini dan kita tidak mahu aktiviti seperti ini muncul biarpun dalam bentuk lain," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Topic Berkaitan
#bahagian anti maksiat perjudian dan kongsi gelap
#baucer
#D7
#Gombak
#IPD Gombak
#judi
#lesen
#operasi
#pusat hiburan dan istirehat
#pusat judi
#Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan