awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat perkhidmatan di Masjid Nabawi terus beroperasi 24 jam untuk jemaah

Bernama
Bernama
25/02/2026
20:28 MYT
Pusat perkhidmatan di Masjid Nabawi terus beroperasi 24 jam untuk jemaah
Masjid Nabawi. - REUTERS
Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi terus menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung Masjid Nabawi sepanjang bulan Ramadan menerusi pusat-pusat perkhidmatan yang terletak di sekitar datarannya.
Inisiatif itu bertujuan mewujudkan suasana kerohanian sekali gus membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan mudah dan tenang.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pusat-pusat berkenaan menyambut ketibaan pengunjung di dataran Masjid Nabawi dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi bimbingan agama dan panduan lokasi, sokongan komunikasi pelbagai bahasa serta menjawab pertanyaan.
Turut disediakan adalah bantuan berkaitan perkhidmatan Nusuk, pinjaman kerusi roda, panduan bagi individu yang tersesat, permohonan bantuan perubatan kecemasan serta penyediaan gelang tangan keselamatan untuk warga emas dan kanak-kanak.
Pusat-pusat perkhidmatan itu beroperasi di bahagian selatan dan utara Masjid Nabawi.
Pusat (331) dan (301) beroperasi 24 jam sehari, manakala pusat (307), (329), dan (339) beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam bagi memenuhi keperluan pengunjung, terutamanya susulan peningkatan jumlah jemaah sepanjang Ramadan, lapor agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masjid Nabawi
#Ramadan
#Arab Saudi
#pusat perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan