Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung

Khabar gembira itu juga mendapat perhatian masyarakat yang membanjiri media sosial baginda dengan ucapan tahniah serta doa kesejahteraan buat ibu dan puteri yang baru dilahirkan. - Instagram @tmski
Pasangan Diraja Brunei Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam hari ini berkongsi gambar puteri sulung mereka di media sosial Instagram.
Dalam hantaran itu, Putera Mateen menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan hebat di Jerudung Park Medical Centre (JPMC), Brunei Darussalam.
"Saya dan Anisha sangat bersyukur dengan kredibiliti pasukan di JPMC yang luar biasa atas penjagaan serta sokongan, dan juga saya menghargai segala ucapan diberikan,” kongsi Pengiran Muda Abdul Mateen di Instagram miliknya.
Sejak memuat naik gambar kira-kira 9.30 malam Rabu, posting pasangan diraja itu menerima lebih 170,000 tanda suka.
Anisha Rosnah dilaporkan melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Februari pada Ahad jam 8.50 pagi.
Selain itu, menerusi berita yang dikongsi di Instagram RTB, puteri sulung pasangan itu dikurniakan nama Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah
Kelahiran Pengiran Anak Zahra Mariam disambut dengan penuh kesyukuran warga istana dan rakyat selain Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengurniakan nama tersebut kepada cucunda Baginda.
Khabar gembira itu juga mendapat perhatian masyarakat yang membanjiri media sosial baginda dengan ucapan tahniah serta doa kesejahteraan buat ibu dan puteri yang baru dilahirkan.
Untuk rekod, Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

