awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental

Bernama
Bernama
05/12/2024
01:00 MYT
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Bagi memastikan Dasar Kesihatan Mental Negara terus relevan dan efektif, Dr Shatesh Kumar mencadangkan perkhidmatan kesihatan mental di kawasan luar bandar dan pedalaman diwujudkan. - Foto Kementerian Perpaduan Negara
KUALA LUMPUR: Putera MIC mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi perkhidmatan kesihatan mental dan penyediaan kemudahan penjagaan kesihatan awam untuk memudahkan anggota masyarakat yang mempunyai masalah mental mendapatkan bantuan.
Ketua Putera MIC Kebangsaan Dr Shatesh Kumar Sangar dalam kenyataan pada Rabu berkata pertambahan dana itu perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak klinik atau pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
"Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) harus bertindak segera dalam hal ini. Klinik ini boleh berfungsi sebagai ruang selamat untuk orang ramai mendapatkan bantuan tanpa rasa takut terhadap stigma," katanya.
Dr Shatesh Kumar berkata masalah itu perlu diambil serius kerana Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi menunjukkan peningkatan daripada 7.9 peratus (424,000 orang) pada 2019 kepada 16.5 peratus (922,318 orang) pada 2023.
Beliau berkata bagi memastikan Dasar Kesihatan Mental Negara terus relevan dan efektif dalam menangani isu kesihatan mental semasa, beliau juga mencadangkan supaya perkhidmatan kesihatan mental di kawasan luar bandar dan pedalaman diwujudkan, penyediaan telekaunseling, peningkatan bilangan profesional kesihatan mental serta penubuhan sistem penilaian kesejahteraan mental yang lebih terperinci.
Sementara itu, Dr Shatesh Kumar berkata masalah mental bukan sahaja tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM) semata-mata untuk menanganinya, tetapi juga kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pihak swasta dan korporat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#kesihatan mental
#dana
#Shatesh Kumar Sangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan