awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin umum pelan rangkaian kereta api antarabangsa tanpa halangan

Bernama
Bernama
04/08/2024
07:30 MYT
Putin umum pelan rangkaian kereta api antarabangsa tanpa halangan
Putin berkata, Rusia berhasrat mewujudkan kereta api tanpa halangan dari Laut Baltik dan Barents hingga ke pantai Teluk Parsi dan Lautan Hindi. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Ahad mengumumkan rancangan untuk membangunkan koridor pengangkutan antarabangsa, termasuk penubuhan rangkaian sistem kereta api tanpa halangan, lapor Xinhua.
"Kami berhasrat untuk mewujudkan rangkaian kereta api tanpa halangan dari Laut Baltik dan Barents hingga ke pantai Teluk Parsi dan Lautan Hindi.
"Ini adalah tugas besar dan saya yakin dengan kepakaran, pengalaman dan komitmen anda terhadap kepentingan negara, kita akan mencapainya," Putin berucap menerusi video sempena Hari Pekerja Kereta api Rusia.
Beliau juga menggariskan projek utama, termasuk pembinaan kereta api berkelajuan tinggi yang bersepadu dengan Hab Pengangkutan Pusat di Moscow, penciptaan koridor logistik antarabangsa dan peningkatan laluan pengangkutan dari Azov ke Laut Hitam.
"Kita perlu mempercepatkan pengembangan infrastruktur kereta api Rusia dengan peningkatan teknologi canggih, menggunakan inovasi terkini.
"Pendekatan kita bukan sahaja memenuhi keperluan semasa tetapi juga bersedia untuk permintaan masa depan, memastikan kemajuan untuk dekad yang akan datang," katanya.
Presiden itu menekankan kepentingan memodenkan lagi sistem kereta api Timur Rusia, khususnya Baikal-Amur, Kereta api Trans-Siberia dan Kereta api Lintang Utara sepanjang 700 kilometer di daerah Autonomi Yamalo-Nenets yang menghubungkan ke pelabuhan Artik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#rangkaian kereta api
#koridor pengangkutan antarabangsa
#Laut Baltik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan