awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Dua isyarat ping kotak hitam beri harapan penemuan

Agensi
Agensi
11/01/2015
08:29 MYT
QZ8501: Dua isyarat ping kotak hitam beri harapan penemuan
Pengesanan isyarat ping yang dipercayai daripada kotak hitam adalah susulan daripada penemuan bangkai ekor pesawat tersebut. - Gambar Fail
Pencarian kotak hitam AirAsia QZ8501 semakin hampir membuahkan hasil hari ini apabila Kapal Baruna Jaya I milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) bersama dua kapal lagi iaitu Java Imperia dan Trisula berjaya mengesan isyarat lokasi.
Menurut portal berita MetroTVNews.com, kini terdapat dua titik lokasi yang menjadi sasaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Pertama, Kapal Baruna Jaya I berjaya mengesan isyarat ping di 3 darjah 37 minit 20 saat Selatan, 109 darjah 42 minit 43 saat Timur.
Sementara, kapal Java Imperia mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat itu di koordinat black box di koordinat 3 darjah 37 minit 21.13 saat Selatan, Longitud 109 darjah 42 minit 42.45 Timur.
Pakar Geodetic Imam Mudita memberitahu pada sidang media di pejabat BPPT di Jakarta, jarak antara kedua-dua titik isyarat itu hanyalah lebih kurang 20 meter.
Sementara itu, jarak antara kedudukan awal Kapal Baruna Jaya I dengan isyarat ping tersebut ialah 77.7 meter dengan kedalaman 35 meter.
Semalam, pasukan SAR mengharapkan kotak hitam tersebut masih berada di bahagian ekor bangkai pesawat QZ8501 yang berjaya dinaikkan namun ternyata ia telah terpisah.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#isyarat ping
#kotak hitam
#pesawat
#QZ8501
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan