awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rabies: Penduduk diarah kurung anjing, kucing

Bernama
Bernama
02/07/2017
10:13 MYT
Rabies: Penduduk diarah kurung anjing, kucing
Penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di Serian diberitahu bahawa vaksin Rabies akan dibawa ke kampung mereka esok. - Gambar hiasan
Penduduk-penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di sini telah diarah mengurung anjing dan kucing mereka mulai hari ini ekoran penularan virus Rabies atau penyakit anjing gila.
Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan itu pada pertemuan dengan penduduk kampung berkenaan, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuching, pagi tadi.
Selain itu, para penduduk juga diberitahu bahawa vaksin Rabies akan dibawa ke kampung berkenaan esok, kata seorang penduduk, Lainus Luak, 74, kepada Bernama hari ini.
"Mereka beritahu langkah kurung anjing dan kucing adalah antara proses mengesan haiwan yang dijangkiti penyakit itu. Mereka juga minta maklumkan jika ada haiwan yang sakit atau mati untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Pesara kerajaan, Cosmas Luak, 61, pula berkata beliau reda jika empat anjing peliharaannya terpaksa dihapuskan bagi mengelak virus Rabies.
Cosmas berkata anjing peliharaannya itu pernah diserang oleh anjing luar selepas sambutan Hari Gawai.
"Esok, mereka (Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar) akan datang lagi. Penduduk kampung perlu daftar kucing dan anjing masing-masing untuk diperiksa," katanya.
Selain itu, katanya penduduk yang pernah digigit anjing atau kucing juga akan diperiksa esok.
Menurutnya kali terakhir beliau dan penduduk kampung menghapuskan anjing yang disyaki membawa virus Rabies adalah pada minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing
#anjing gila
#jabatan kesihatan
#kucing
#kurung
#rabies
#Sarawak
#SSPCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan