awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RAC umum buka tiga Pejabat Urusan Wilayah, mula beroperasi 3 Jan

Bernama
Bernama
02/01/2023
02:00 MYT
RAC umum buka tiga Pejabat Urusan Wilayah, mula beroperasi 3 Jan
RAC memaklumkan setiap pejabat akan diketuai seorang Pengurus Wilayah dengan dibantu oleh beberapa pegawai dan kakitangan.
PUTRAJAYA: Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mengumumkan pembukaan tiga Pejabat Urusan Wilayah iaitu Bukit Mertajam di Pulau Pinang (Zon Utara), Pulau Sebang di Melaka (Zon Selatan) dan Gua Musang di Kelantan (Zon Pantai Timur) yang akan mula beroperasi Selasa ini.
RAC dalam kenyataan semalam memaklumkan setiap pejabat akan diketuai seorang Pengurus Wilayah dengan dibantu oleh beberapa pegawai dan kakitangan.
Menurut RAC, pembukaan ketiga-tiga pejabat urusan wilayah dilihat mampu mengimbangi keperluan para pemegang taruh dan pelanggan di seluruh Semenanjung memandangkan operasi perbadanan itu terletak di Lembah Klang sepanjang 30 tahun penubuhannya.
"Pembukaan ketiga-tiga pejabat urusan wilayah ini bermatlamat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada para pemegang taruh dan pelanggan khususnya berkaitan pengurusan aset kereta api melibatkan aktiviti komersial, pentadbiran tanah kereta api dan penyelenggaraan fasiliti.
"RAC yakin dapat memberikan perkhidmatan lebih cepat dan efisien selaras dengan teras perniagaan perbadanan ini yang bertanggungjawab menjana pendapatan berterusan daripada aset kereta api yang dimiliki," menurut kenyataan itu.
RAC merupakan badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1992.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perbadanan Aset Keretapi
#RAC
#buka tiga Pejabat Urusan Wilayah
#Pengurus Wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan