awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radzi Jidin adakan libat urus bersama pengetua, guru besar di Kuching

Bernama
Bernama
11/09/2021
09:59 MYT
Radzi Jidin adakan libat urus bersama pengetua, guru besar di Kuching
Rombongan KPM yang tiba di Kuching kira-kira 11 pagi tadi turut melawat Pusat Pemberian Vaksin Murid 16 hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, di Kuching. - Foto Kementerian Pendidikan
KUCHING: Satu sesi libat urus mengenai pengoperasian sekolah diadakan antara Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dengan pengetua serta guru besar di Bahagian Kuching hari ini.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook milik Radzi, beliau memaklumkan sesi perjumpaan itu bertujuan mendapatkan input dan mendengar pandangan mereka untuk membantu Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memuktamadkan pelan komprehensif pengoperasian sekolah termasuk Sarawak yang berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Barisan KPM yang turut sama pada sesi perjumpaan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Noor Zamani Abdol Hamid.
Rombongan KPM yang tiba di Kuching kira-kira 11 pagi tadi turut melawat Pusat Pemberian Vaksin Murid 16 hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, di sini.
Selain itu, rombongan berkenaan turut mengadakan sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang diwakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#Kementerian Pendidikan
#Menteri Pendidikan
#Vaksin Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan