awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Imej papan induk NVIDIA N1 tular, cetus spekulasi cip komputer riba baharu
Pelajar USM wakili Malaysia pada pertandingan roket di AS
Palestin masih tidak selamat 6 bulan selepas gencatan senjata Gaza - Ketua Hak Asasi PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radzi Jidin, Faizal Azumu jalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
14/02/2026
06:35 MYT
Radzi Jidin, Faizal Azumu jalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu
Pelantikan Mohd Radzi dan Ahmad Faizal dipersetujui secara sebulat suara oleh semua Ahli MPT yang hadir ke mesyuarat hari ini.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dilantik menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang di sini, hari ini.
Menurut Muhyiddin, pelantikan berkenaan dipersetujui secara sebulat suara oleh semua Ahli MPT yang hadir, selaras dengan keperluan memperkukuh kepimpinan dan kelancaran pentadbiran parti.
Semalam, media melaporkan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden dan parti berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.
Turut dipecat ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah serta Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin, berkuat kuasa semalam.
Topic Berkaitan
#Krisis Bersatu
#Radzi Jidin
#Faizal Azumu
#hamah zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan