awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Selamat Aidilfitri: 5,544 anggota trafik digerak di seluruh negara
Isu tambang e-hailing akan dibincang Suruhanjaya Ekonomi Gig - Loke
Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi diberi tempoh hingga esok jawab surat tunjuk sebab - Fuziah

Bernama
Bernama
27/02/2026
13:40 MYT
Rafizi diberi tempoh hingga esok jawab surat tunjuk sebab - Fuziah
Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh berkata parti itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi pada 23 Feb lepas dan diberi tempoh selama lima hari untuk memberikan jawapan. - Gambar fail
Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diberi tempoh sehingga esok untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan atas tiket PKR.
Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh berkata parti itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi pada 23 Feb lepas dan diberi tempoh selama lima hari untuk memberikan jawapan.
"Dia kata akan bertanding PRU16 bukan atas tiket PKR, ia mungkin menimbulkan persepsi sama ada dia berhasrat untuk keluar daripada parti, jadi surat tunjuk sebab itu bagi peluang dia menjelaskan... sebab kami tidak mahu ambil tindakan begitu sahaja, sebaik-baiknya kami ikut perlembagaan parti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Rahmah MADANI di pekarangan Mydin Tunjong di sini hari ini.
Fuziah berkata PKR tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru tanpa mendengar penjelasan daripada Bekas Menteri Ekonomi itu.
"Pada 1 Mac ini, kami akan adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, keputusan terhadap Rafizi pula, Insya-Allah... tengok macam mana," katanya.
Semalam, Rafizi mengesahkan menerima surat tunjuk sebab daripada PKR atas alasan beliau telah mengisytiharkan keluar parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#surat tunjuk sebab
#Fuziah Salleh
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan