awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki melecur, 27 kucing mati kebakaran rumah di Langkawi
Mahkamah Pilihan Raya sahkan kemenangan Fairuz Renddan di Pintasan
Konflik Asia Barat: Bekalan makanan cukup hingga pertengahan tahun - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi kini liabiliti kepada PH, politik negara - Tajudin

Astro AWANI
Astro AWANI
13/03/2026
03:43 MYT
Rafizi kini liabiliti kepada PH, politik negara - Tajudin
Tajuddin (kanan) berpandangan pendekatan Rafizi (kiri) yang kerap melontarkan kritikan tanpa disertai cadangan penyelesaian yang praktikal turut menimbulkan persoalan mengenai peranan sebenar beliau dalam politik negara.
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sebagai satu liabiliti bukan sahaja kepada Pakatan Harapan, malah kepada landskap politik negara ketika ini.
Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof Tajuddin Rasdi berkata, Rafizi yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai aset penting kepada PH kini dianggap sukar untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, sedangkan realiti politik semasa memerlukan kerjasama erat dalam kerajaan campuran.
Menurutnya, pendekatan Rafizi yang kerap melontarkan kritikan tanpa disertai cadangan penyelesaian yang praktikal turut menimbulkan persoalan mengenai peranan sebenar beliau dalam politik negara.
"Rafizi juga tidak menerima sokongan daripada parti-parti komponen kerajaan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UMNO, Amanah serta kebanyakan pemimpin DAP.
"Tiada pihak yang mahu menjalin hubungan rapat dengan individu yang secara terbuka mengkritik parti sendiri dan presidennya tanpa segan silu, termasuk ketika menyertai demonstrasi," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Tajuddin turut menyifatkan kritikan Rafizi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenyataan yang disifatkan “paling tidak beradab”.
Beliau berkata, tuduhan Rafizi bahawa Anwar terlalu obses terhadap kuasa dan jawatan Perdana Menteri tidak wajar, memandangkan perjalanan panjang perjuangan Anwar yang pernah berdepan tindakan keras pihak polis serta menjalani hukuman penjara selama bertahun-tahun.
Dalam masa sama, Tajuddin berpendapat keputusan Rafizi untuk melepaskan jawatan menteri selepas tewas dalam pertandingan parti, tidak sepatutnya berlaku.
"Beliau sepatutnya menggerakkan kembali penyokong bagi mencabar jawatan presiden secara lebih terhormat dan beradab.
"Namun beliau sendiri menyatakan tidak lagi mahu menjadi pemimpin PKR dan merancang bertanding secara solo sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)," dakwanya lagi.
Bagaimanapun, Tajuddin berpandangan Rafizi berdepan cabaran besar untuk memenangi PRU16 sekiranya bertanding sebagai calon bebas atau menubuhkan parti baharu kerana kekurangan sokongan undi.
Menurutnya, sekiranya undi bukan Melayu berpecah, keadaan itu berpotensi memberi kelebihan kepada parti-parti besar seperti UMNO, Bersatu dan PAS dalam pilihan raya akan datang.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Tajuddin Rasdi
#Pakatan Harapan
#PRU16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan