awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rafizi memang tahu meramal masa depan' - Tun Mahathir

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
21/12/2018
15:28 MYT
'Rafizi memang tahu meramal masa depan' - Tun Mahathir
Rafizi sebelum ini memetik satu tinjauan pendapat pada awal Disember bahawa rating Dr Mahathir telah merosot sebanyak 19 peratus berbanding daripada tinjauan yang sama pada Jun lalu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai individu yang pandai melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Beliau memberi reaksi kepada kenyataan Rafizi sebelum ini yang merujuk laporan sebuah kaji selidik yang mengatakan populariti Perdana Menteri menurun selepas enam bulan mengambil alih kerajaan daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Rafizi memang tahu apa akan jadi. Dia punya prediction (jangkaan) Pilihan Raya Umum ke-14 pun sangat tepat,” katanya ketika hadir pada Majlis Makan Malam pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini pada Jumaat.
Rafizi sebelum ini memetik satu tinjauan pendapat pada awal Disember bahawa rating Dr Mahathir telah merosot sebanyak 19 peratus berbanding daripada tinjauan yang sama pada Jun lalu.
Jelas Rafizi ia sekaligus menunjukkan kemerosotan populariti kerajaan Pakatan Harapan (PH).
BACA: Pesanan Rafizi Ramli kepada PH
Malah jelas Rafizi penurunan itu berlaku secara konsisten berikutan kegagalan PH menunaikan janji selain mendakwa kerajaan hari ini selalu mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu lebih mendesak.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Media
#menteri
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan