awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahib yang diserang di Seremban meninggal dunia selepas koma enam hari

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
20/05/2014
11:14 MYT
Rahib yang diserang di Seremban meninggal dunia selepas koma enam hari
Gereja Visitation di mana kedua-dua rahib itu diserang
Salah seorang daripada rahib yang disamun dan diserang dengan topi keledar di Seremban telah meninggal dunia petang tadi.
Sister Julianna Lim, 69, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ja'afarpada pukul 3.25 petang, selepas enam hari berada di dalam keadaan koma.
Di dalam kejadian itu pada Rabu lalu, Sister Julianna bersama Sister Marie Rose alias Theresa Teng, 79, diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki kira-kira pukul 6 pagi di luar Gereja Visitation.
Dalam kejadian antara jam 6 hingga 6.30 pagi itu, dua rahib berkenaan yang sedang membuka pintu pagar gereja, disamun dan dipukul sebelum ditemui rakan mereka lalu dikejarkan ke hospital.
Ekoran itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan serangan dan perbuatan menyamun itu sebagai menyedihkan dan tidak berhati perut.
Beliau telah berkata pihak polis komited dalam mencari pelakunya dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Beliau juga telah berharap agar kedua rahib itu cepat sembuh.
Topic Berkaitan
#najib
#rahib
#samun
#serang topi keledar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan