awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Iskandar Al Hiss, bekas Ketua Pemuda Pas Perak, meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2019
02:20 MYT
Raja Iskandar Al Hiss, bekas Ketua Pemuda Pas Perak, meninggal dunia
Allahyarham Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob meninggalkan seorang balu dan lima anak. - Foto Facebook.
Bekas Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Ipoh, di sini.
Difahamkan, Allahyarham, 45 tahun, meninggal dunia akibat kanser usus yang dideritai sejak dua tahun lalu.
Selain menjadi Ketua Pemuda Pas Perak pada tahun 2013, Allahyarham turut pernah menjawat jawatan Penolong Setiausaha Agung Pas, Naib Ketua Pemuda Pas Pusat dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar.
Selain aktif di dalam politik, Allahyarham juga amat dikenali sebagai aktivis kemanusiaan dengan mencetuskan beberapa siri kemanusiaan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim yang diasaskannya pada tahun 2015.
Dalam pada itu, Raja Ahmad Iskandar pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh dan pada 9 Jun 2019 dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Perak di bawah Yayasan Perak.
Allahyarham turut meninggalkan seorang balu dan lima anak.
Jenazah dijangka disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar pada jam 11 pagi ini.
Topic Berkaitan
#aktivis kemanusiaan
#kanser usus
#meninggal dunia
#Pas Perak
#Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
#Raja Iskandar Al Hiss
#Serantau Muslim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan