awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan

Bernama
Bernama
16/01/2023
14:40 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan bersalaman dengan jemaah wanita selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Sri Sendayan hari ini. - BERNAMA
SEREMBAN: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sri Sendayan di sini.
Seri Paduka yang tiba pada 6.30 petang diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah turut bersama-sama jemaah mendengar kuliah Maghrib bertajuk 'Sifat Mementingkan Diri Sendiri' disampaikan Ustaz Shaifudin Maulup.
Tunku Azizah turut meluangkan masa melihat keindahan seni bina masjid berkenaan dengan disertai pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Tan Sri Abd Rashid Hussain, iaitu individu yang mewakafkan Masjid Sri Sendayan.
Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dengan kos lebih RM100 juta itu merupakan hasil seni dan arkitek yang hampir sepenuhnya dibawa dari luar negara termasuk Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Pemandangan dan suasana mempesonakan terutama menjelang senja di masjid berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengagumi keunikan rekaan bangunan yang dibina sejak 2015 itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Masjid Sri Sendayan
#tunai solat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan