awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat boleh adu masalah melalui 'fortherakyat.com'

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
26/04/2014
00:41 MYT
Rakyat boleh adu masalah melalui 'fortherakyat.com'
Orang ramai kini boleh mengadu dan mengetengahkan sebarang permasalahan atau aduan masyarakat melalui portal aduan komuniti 'fortherakyat.com'.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman berkata, portal berkenaan berfungsi secara interaktif dan pengadu boleh memantau setiap aduan yang dibuat.
"Apabila aduan diselesaikan, pengadu akan segera dimaklumkan melalui e-mel.
"Setiap proses aduan yang diterima akan dipanjangkan ke agensi kerajaan yang berkepentingan dan terbabit selain ia menggunakan elemen interaktif revolusi terkini,'' ujarnya.
Sheikh Ahmad Nafiq berkata demikian selepas majlis pelancaran portal aduan komuniti 'fortherakyat.com' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelasnya, pihaknya mengalu-alukan sebarang aduan bersandarkan masalah komuniti berkaitan isu kepenggunaan, perkhidmatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kewangan dan ekonomi.
"Kelebihan portal ini ialah ia bersifat interaktif dengan setiap aduan akan mempunyai status seperti 'diterima', 'disemak', dan 'diproses.
"Setiap aduan dijangka melalui proses semakan dan penyelesaian antara dua minggu hingga empat bulan dan bergantung dengan kepantasan agensi berkenaan,'' katanya.
Katanya lagi, sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai dan 79 daripadanya berjaya diselesaikan.
Topic Berkaitan
#aduan
#fortherakyat.com
#mengadu
#Najib Razak
#Orang ramai
#permasalahan
#portal aduan komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan