awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Johor diminta terus peka, dengar arahan pihak berkuasa - MB

Bernama
Bernama
04/03/2023
09:18 MYT
Rakyat Johor diminta terus peka, dengar arahan pihak berkuasa - MB
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia susulan perkembangan laporan terkini berhubung luruan monsun terbaharu daripada MetMalaysia hari ini, bahawa hujan akan berpanjangan sehingga 5 Mac. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Kerajaan negeri mengingatkan seluruh rakyat Johor untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa dan terus menjaga keselamatan diri serta keluarga.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia susulan perkembangan laporan terkini berhubung luruan monsun terbaharu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, bahawa hujan akan berpanjangan sehingga 5 Mac.
"Saya mohon semua dapat kongsikan hantaran ini agar maklumat tersebar kepada seluruh warga Johor.
"Amaran hujan di tahap bahaya di daerah Segamat, Kluang, dan Mersing. Manakala cuaca buruk di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Onn Hafiz berkata MetMalaysia juga meramalkan luruan monsun akan berterusan yang menyebabkan hujan lebat berterusan di timur semenanjung, manakala amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan sehingga 6 Mac.
"Hal ini berkemungkinan meningkatkan paras air laut di kawasan perairan Johor Timur dan berisiko berlakunya limpahan air laut," katanya.
Setakat 4 petang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 39,476 orang di sembilan daerah di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#rakyat johor
#arahan pihak berkuasa
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan