awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di UAE dinasihatkan cari tempat perlindungan jika siren berbunyi

Bernama
Bernama
04/03/2026
11:11 MYT
Rakyat Malaysia di UAE dinasihatkan cari tempat perlindungan jika siren berbunyi
Rakyat Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) digesa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, termasuk mematuhi amaran siren kecemasan dan mendapatkan perlindungan segera, kerana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan und
Rakyat Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) digesa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, termasuk mematuhi amaran siren kecemasan dan mendapatkan perlindungan segera, kerana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.
Dalam catatan pada halaman Facebooknya, Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi berkongsi poster yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri UAE bertajuk "Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Anda Mendengar Siren Amaran."
Kementerian itu menyatakan bahawa sesetengah orang awam meninggalkan rumah atau tempat kediaman mereka, malah memberhentikan kereta mereka untuk merakam video apabila amaran dikeluarkan.
"Amaran itu dikeluarkan untuk keselamatan anda. Anda mesti patuh dengan menuju ke tempat selamat dan berlindung di sana sehingga amaran keadaan selamat atau tiada bahaya (all clear) dikeluarkan untuk kawasan itu," menurut kenyataan itu.
Jika anda berada di dalam kereta anda, teruskan ke destinasi yang dituju dan setelah tiba, teruskan ke tempat selamat terdekat, tambahnya.
Kementerian itu memberi amaran bahawa kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan tindakan undang-undang.
"Kami mohon kerjasama anda untuk memastikan perlindungan anda," menurut kementerian itu.
Bagi bantuan konsular, Kedutaan Besar Abu Dhabi, UAE boleh dihubungi menerusi telefon: +971 50 614 6894 atau emel [email protected] manakala pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan boleh dihubungi di emel [email protected] atau telefon +962786660220 / +962792707888 / +962785902400.
Kedutaan Malaysia di Muscat boleh dihubungi di [email protected] atau telefon +968 7159 2388.
Sementara itu, rakyat Malaysia di Qatar boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Doha di talian +974 3374 6733 (24 jam) atau emel [email protected].
Kedutaan Malaysia di Kuwait boleh dihubungi di talian +965 9678 3036 (kecemasan) atau [email protected].
Bagi rakyat Malaysia di Arab Saudi, Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah boleh dihubungi di nombor telefon +966 126 727 740 (kecemasan sahaja) atau emel [email protected].
Bilik Gerakan Kementerian Luar di Putrajaya turut beroperasi 24 jam yang boleh dihubungi di talian +603 8887 4570 atau melalui e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#siren
#perlindungan
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan