awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia digesa segera tinggalkan Sudan Selatan - Wisma Putra

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
28/03/2025
00:50 MYT
Rakyat Malaysia digesa segera tinggalkan Sudan Selatan - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, sedang memantau situasi keselamatan di Sudan Selatan berikutan perkembangan terkini yang telah menjejaskan tahap keselamatan di negara tersebut.
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan Selatan untuk mengutamakan keselamatan dan membuat persiapan bagi segera meninggalkan negara tersebut.
Menurut kementerian itu atau Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, terdapat risiko keselamatan yang meningkat dan terus meruncing di negara itu susulan konflik yang melanda.
"Memandangkan risiko yang semakin meningkat, serta kemungkinan keadaan keselamatan terus meruncing, kementerian ini menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan Selatan untuk mengutamakan keselamatan mereka dan membuat persiapan bagi segera meninggalkan negara tersebut, sementara penerbangan komersial masih beroperasi," katanya.
Tambahnya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia, di samping terus menyelaras dengan pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan status 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat di bawah United Nations Police (UNPOL).
"Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
"Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya, sedang memantau situasi keselamatan di Sudan Selatan berikutan perkembangan terkini yang menjejaskan tahap keselamatan di negara tersebut.
"Kementerian ini juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke Sudan Selatan," tambahnya.
Wisma Putra berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan sebarang perkembangan lanjut sekiranya perlu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya boleh dihubungi di alamat 611, Runda Grove, Runda, PO Box 42286-00100, Nairobi atau melalui nombor telefon: +254 111 052710 (pejabat) dan +254 741 603952 / +254 704 770367 (telefon bimbit).
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
#sudan selatan
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan