awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
GSF 2.0: Solidariti Malaysia untuk warga Palestin menakjubkan - Tiago
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Palestin cedera dihantar pulang apabila gencatan senjata kekal dipersetujui

Bernama
Bernama
24/08/2024
10:50 MYT
Rakyat Palestin cedera dihantar pulang apabila gencatan senjata kekal dipersetujui
Mohamad berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Rakyat Palestin yang sedang dirawat di Malaysia hanya akan dihantar pulang ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik atau sekurang-kurangnya gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku.
"Sekurang-kurangnya apabila gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak, barulah kita akan rancang bagaimana untuk menghantar mereka pulang, mereka tidak mahu tinggal di sini, mereka mahu dihantar pulang ke tanah air mereka.
"Jadi, jangan risau bagi mereka yang bimbang rakyat Palestin ini akan tinggal di sini selama-lamanya, saya tidak fikir itu yang mereka mahu. Mereka mahu kita menghantar mereka kembali," katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.
Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan rejim zionis Israel, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira 2 petang, 16 Ogos lepas.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Palestin
#Malaysia
#bila dihantar pulang
#hantar pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan