awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu bersatu hati, berfikiran rasional hadapi krisis tenaga dunia - Zulkifli

Bernama
Bernama
26/03/2026
15:59 MYT
Rakyat perlu bersatu hati, berfikiran rasional hadapi krisis tenaga dunia - Zulkifli
Zulkifli berkata, pengumuman Perdana Menteri Anwar berhubung langkah terkini bagi menangani krisis tenaga itu wajar diterima dengan penuh keinsafan. - Gambar fail/Bernama
Rakyat perlu terus bersatu hati, berfikiran rasional dan mengutamakan kemaslahatan umum dalam mendepani krisis tenaga dunia yang mencabar ketika ini susulan konflik di Asia Barat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung langkah terkini bagi menangani krisis tenaga itu wajar diterima dengan penuh keinsafan.
“Alhamdulillah, pemerhatian saya mendapati ramai yang rasional dan memahami situasi semasa, tidak kurang juga yang mendoakan dan memberikan sokongan pada waktu sukar ini. Sahabat luar negara juga menyatakan kekaguman mereka terhadap pendekatan Malaysia menangani krisis ini dengan begitu baik.
“Dibandingkan dengan negara lain, Alhamdulillah Malaysia masih menikmati pelbagai kelebihan termasuk subsidi tenaga,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Terdahulu, Anwar dalam perutusan khas pada Khamis mengumumkan, kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.
Beliau bagaimanapun menegaskan, harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.
Perdana Menteri juga berharap agar rakyat memahami langkah penyelarasan sementara kelayakan tersebut dan menjelaskan bahawa ia bersifat sementara sehingga pasaran, bekalan minyak serta ekonomi dunia kembali stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bersatu hati
#RON95
#Asia Barat
#tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan