awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Thailand masuk ke Malaysia perlu guna MySejahtera

Bernama
Bernama
29/03/2022
10:36 MYT
Rakyat Thailand masuk ke Malaysia perlu guna MySejahtera
Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki negara ini.- Gambar fail
PADANG BESAR: Bermula 1 April ini, rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar dalam aplikasi MySejahtera, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais.
"Daripada maklumat yang saya terima daripada pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPs), pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis, hanya untuk kemasukan daripada rakyat Thailand," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di pintu sempadan Wang Kelian, di sini, hari ini.
Beliau berkata Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki negara ini.
"Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia," katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wang Kelian
#MySejahtera
#warga Thailand
#Perlis
#buka sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan