awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Helikopter Black Hawk cemas ketika berundur selepas ditembak Iran
Tiger Woods hubungi Presiden Trump selepas kemalangan
Tun Ling Liong Sik meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan: Bulan cahaya, harapan dan kemanusiaan

Astro AWANI
Astro AWANI
18/02/2026
01:08 MYT
Ramadan: Bulan cahaya, harapan dan kemanusiaan
Jemaah wanita menunaikan solat sunat Tarawih pada malam bulan Ramadan di perkarangan Masjid Al-Aqsa,Baitulmaqdis, pada Selasa. - Gambar AP/Mahmoud Illean
RAMADAN kembali membuka tirai - bulan yang dinanti umat Islam sebagai ruang untuk menyucikan jiwa, memperhalus hati dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Dengan hadirnya bulan mulia ini, umat Islam di seluruh dunia bersiap memulakan ibadah puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, memasuki satu tempoh penuh keinsafan, renungan diri dan amal kebajikan.
Bulan suci Ramadan, yang jatuh pada bulan kesembilan dalam kalendar lunar Islam, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia adalah detik keluarga kembali memenuhi meja makan, berkongsi rezeki sekecil mana pun, menyambut azan Maghrib dengan hati yang penuh syukur.
Di malam hari pula, suasana masjid kembali hidup dengan bacaan al-Quran dan solat Tarawih yang mengikat ukhuwah sesama jemaah, memberi ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata.
Di serata dunia, Ramadan disambut dengan wajah yang berbeza tetapi jiwa yang sama.
Ada negara yang menyambutnya hari ini, 18 Februari, manakala sebahagian lagi memulakannya esok - semuanya bergantung kepada rukyah anak bulan yang menjadi tradisi turun-temurun umat Islam.
Namun, perbezaan tarikh itu tidak pernah memisahkan rasa.
Ramadan tetap menjadi bahasa penyatu umat, membawa harapan, doa dan cahaya kepada setiap hati yang menanti kedatangannya.
Agensi berita antarabangsa, AP merakamkan persiapan dan suasana Ramadan dari pelbagai negara - termasuk hiasan jalanan, persiapan bazar, solat Tarawih di masjid bersejarah, serta kehidupan masyarakat Islam yang menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan ini.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#bulan puasa
#tarawih
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan