awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramalan cuaca signifikan dengan luruan monsun hingga 11 Januari

Bernama
Bernama
06/01/2026
13:07 MYT
Ramalan cuaca signifikan dengan luruan monsun hingga 11 Januari
Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Jan ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.
"Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026, timur Johor berkuat kuasa daripada 7 hingga 8 Jan 2026.
"Manakala bagi barat Sarawak berkuat kuasa daripada 9 sehingga 10 Jan 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026 bagi Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#ramalan cuaca
#luruan monsun
#angin kencang
#hujan lebat
#laut bergelora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan