awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan diesel bersubsidi KPDN Perak meningkat lebih 80 peratus

Bernama
Bernama
16/05/2023
21:15 MYT
Rampasan diesel bersubsidi KPDN Perak meningkat lebih 80 peratus
Kamalludin berkata, sindiket menyeleweng diesel bersubsidi itu biasanya menggunakan lori untuk mengisi diesel di stesen minyak dan menjualnya dengan harga komersil yang kebanyakannya dihantar ke Pulau Pinang. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah merampas 275,111 liter diesel bersubsidi bernilai RM577,087 menerusi Ops Tiris dalam tempoh Januari hingga Ahad lepas.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata ia merupakan peningkatan 82.82 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu sejumlah 109,786 liter diesel bersubsidi dirampas dengan nilai RM315,650.
"Pihak kami telah mengambil tindakan terhadap 341 kes dengan pelbagai kesalahan yang mana rampasan minyak diesel bersubsidi antara kesalahan tertinggi setakat ini.
"Kita juga berjaya menumpaskan sindiket yang menyeleweng diesel bersubsidi ini termasuk di daerah Manjung dan Ipoh," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Raikan Kemeriahan Aidilfitri Bersama Komuniti Pengguna Perak dan Rakan Strategik KPDN di Bangunan Persekutuan Greentown di sini, semalam.
Katanya, sindiket menyeleweng diesel bersubsidi itu biasanya menggunakan lori untuk mengisi diesel di stesen minyak dan menjualnya dengan harga komersil yang kebanyakannya dihantar ke Pulau Pinang.
Kamalludin berkata pihaknya akan mempergiat operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan berdasarkan risikan serta maklumat orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#diesel bersubsidi
#Op Tiris
#rampasan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan