awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Disney rancang buang 1,000 pekerja – Laporan
Gencatan senjata AS-Iran bukti Trump sedar perang tidak memihak kepadanya - Penganalisis
Perkukuh keupayaan diri demi hadapi dunia semakin mencabar – Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka kanak-kanak 5 tahun ditemui, dipercayai dibunuh ibu

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2014
12:26 MYT
Rangka kanak-kanak 5 tahun ditemui, dipercayai dibunuh ibu
Rangka kanak-kanak malang itu ditemui berbalut dengan selimut di kawasan semak berhampiran sebuah ladang kelapa sawit -Foto Astro AWANI
Rangka seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ibunya ditemui di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin.
Rangka kanak-kanak malang itu ditemui berbalut dengan selimut di kawasan semak berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi berkata ibu mangsa sebelum ini membuat laporan mendakwa anaknya hilang pada 20 September lalu.
Bagaimanapun polis yang menjalankan siasatan mendapati kenyataan wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mengelirukan. Polis seterusnya menahan wanita itu bagi membantu siasatan.
Susulan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita terbabit yang berusia 24 tahun di Klang, Selangor.
Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku memukul anaknya sehingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.
Ekoran pengakuan itu, polis membawa wanita dan teman lelakinya ke kawasan semak itu dan menemui rangka kanak-kanak terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan polis bagi mengetahui motif kejadian sebenar.
Dalam masa sama, polis kini mencari suami wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#bunuh
#mazlan kesah
#polis
#rangka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan