awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Rail bimbang kerencatan sistem brek LRT aliran Kelana Jaya

Bernama
Bernama
28/03/2015
23:50 MYT
Rapid Rail bimbang kerencatan sistem brek LRT aliran Kelana Jaya
Rapid Rail Sdn. Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi. -Gambar fail
Rapid Rail Sdn Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi.
Ia susulan kejadian sebuah lagi tren mengalami gangguan perkhidmatan semalam, menyebabkan beribu-ribu pengguna terkandas semasa waktu puncak.
Rapid Rail, operator perkhidmatan LRT Rapidkl Laluan Kelana Jaya berkata, insiden semalam di Stesen Ampang Park pada 6.20 petang ialah yang keempat membabitkan sistem brek tren empat koc dengan insiden sebelumnya berlaku pada 11 dan 25 Feb, dan pada 18 Mac lepas.
"Kegagalan (di Ampang Park, semalam) menyebabkan perkhidmatan terganggu selama kira-kira tiga jam apabila hanya satu landasan dapat digunakan bagi perkhidmatan antara Pasar Seni dan Stesen Damai," kata Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata, kerencatan sistem brek bagi kereta api empat koc itu masih gagal diatasi oleh pengeluar tren, Bombadier dan pembekal sistem brek, Knorr-Bremse.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Ahmad Nizam Mohd Amin bagaimanapun memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang tetap menjadi keutamaan.
Beliau berkata, masalah itu tidak memberi kesan kepada keselamatan pengguna kerana sistem brek Aliran Kelana Jaya adalah dijamin selamat dan tren tidak akan bergerak jika sistem brek gagal berfungsi.
"Bagaimanapun, kerencatan itu memberi kesan kepada kebolehsediaan tren empat koc itu, menyebabkan kapasiti tren berkurangan terutama pada waktu puncak. Ini, seterusnya akan menyebabkan masa menunggu lebih lama bagi penumpang.
"Penggera awal tidak selalu berfungsi tetapi jika ia berfungsi, kami akan menghentikan perkhidmatan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami," kata Ahmad Nizam.
Rapid Rail, Bombardier dan Knorr-Bremse sedang menjalankan siasatan mengenai insiden.
Topic Berkaitan
#brek
#Kelana Jaya
#masalah
#rapid rail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan