awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Bekas pengurus bank direman lima hari

Bernama
Bernama
10/06/2024
02:50 MYT
Rasuah: Bekas pengurus bank direman lima hari
Seorang bekas pengurus bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program dianjurkan bank. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Seorang bekas pengurus bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program dianjurkan bank.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan reman berkenaan.
Beliau berkata lelaki itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Kelantan selepas memberi keterangan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi tadi dengan menaiki van SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengurus bank
#reman
#Rasuah
#SPRM Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan