awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah hanya boleh dihapus jika ada kesungguhan politik - Azam Baki

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
07/04/2026
09:27 MYT
Rasuah hanya boleh dihapus jika ada kesungguhan politik - Azam Baki
Program Wacana Ilmiah Perdana dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Asia e University dan World Trade Centre Kuala Lumpur. - Gambar:Astro AWANI.
Rasuah di negara ini tidak dapat dibanteras secara berkesan tanpa kepimpinan yang tegas serta ‘political will’ yang jelas dan tidak berkompromi.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengalaman lebih empat dekad dalam bidang penguatkuasaan dan pencegahan rasuah.
Menurutnya, pendekatan berasaskan undang-undang semata-mata tidak mencukupi untuk menghapuskan gejala berkenaan.
“Selepas lebih 42 tahun dalam bidang ini, saya dapat merumuskan bahawa rasuah tidak boleh dihapuskan hanya melalui undang-undang.
“Ia memerlukan kepimpinan yang tegas dan tidak berkompromi, disokong penguatkuasaan yang konsisten serta menyeluruh.
“Selain itu, kerjasama erat antara agensi kerajaan dan sektor swasta amat penting, di samping usaha berterusan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menolak rasuah dan mengamalkan integriti,” katanya ketika berucap pada program Wacana Ilmiah Perdana, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan kejayaan sesuatu sistem bukan ditentukan oleh kekuatan undang-undang semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kepimpinan yang mempunyai ‘political will’ yang jelas dan berpendirian tegas.
Katanya, walaupun sistem yang ada belum sempurna, usaha reformasi dan penambahbaikan tadbir urus tetap boleh dilaksanakan di bawah kepimpinan sedemikian.
Sebagai contoh, beliau merujuk kepada pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebagai langkah komprehensif dalam memperkukuh integriti dan tatakelola negara.
“Ia merupakan kerangka utama negara yang bersifat dinamik, bertujuan memperkukuh integriti, meningkatkan tadbir urus serta mencegah rasuah secara menyeluruh.
“Namun, jika kepimpinan lemah atau berkompromi, sebaik mana pun sistem yang dibangunkan, ia tetap tidak akan berjaya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kepimpinan yang berintegriti bukan lagi satu pilihan, sebaliknya keperluan asas bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah berada di landasan yang tepat.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Rasuah
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan