awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rauf tolak peletakan jawatan Akmal Saleh, kekal sebagai Exco Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/04/2026
10:08 MYT
Rauf tolak peletakan jawatan Akmal Saleh, kekal sebagai Exco Melaka
Ab Rauf berkata, keputusan untuk tidak menerima peletakan jawatan tersebut dibuat bagi memastikan kelangsungan tugas Dr Muhamad Akmal dalam pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar/ Astro AWANI
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan menolak peletakan jawatan Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri yang diumumkan pada Januari lalu.
Beliau berkata, keputusan untuk tidak menerima peletakan jawatan tersebut dibuat bagi memastikan kelangsungan tugas Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu, dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Dia (Dr Muhamad Akmal) telah menggemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas dia buat pengumuman.
“Tetapi saya membuat keputusan menolak perletakan jawatan tersebut supaya dia dapat meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Negeri,”katanya ketika diminta mengulas status perletakan jawatan Dr Muhamad Akmal.
Beliau terdahulu ditemui selepas mengadakan lawatan ke Empangan Jus di Jasin pada Rabu.
BACA: ‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, keputusan menerima atau menolak peletakan jawatan Exco terletak di tangan Ketua Menteri.
Dr Muhamad Akmal ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 15 Januari lalu, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Tindakan itu diambil selepas mendapat desakan beberapa pihak yang kurang senang dengan pendirian beliau yang lantang bersuara, termasuk desakannya supaya parti itu mempertimbangkan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, Ab Rauf Yusoh sebelum ini memaklumkan status peletakan jawatan tersebut masih dalam pertimbangan, dengan Akmal kekal menjalankan tugas sementara menunggu keputusan lanjut.
Topic Berkaitan
#Akmal Saleh
#Ab Rauf Yusoh
#Akmal Saleh letak jawatan
#exco Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan