awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Razali Ismail letak jawatan sebagai pengerusi SUHAKAM

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2019
08:37 MYT
Razali Ismail letak jawatan sebagai pengerusi SUHAKAM
Tan Sri Razali Ismail yang memangku jawatan pengerusi sejak 2016 sepatutnya mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun pada 27 April. Foto Astro Awani/SHAHIR OMAR.
Dua minggu sebelum tempoh tugasnya berakhir, Tan Sri Razali Ismail meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
Beliau yang memegang jawatan pengerusi sejak 2016 sepatutnya mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun pada 27 April.
Menurut beliau, surat meletak jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas beliau kepada portal berita Malaysiakini, “Saya sudah tiga tahun (di SUHAKAM). Saya fikir telah melakukannya dengan baik dan sekarang mahu membuat lebih daripada advokasi.
“Hak asasi manusia adalah kerja advokasi dan memadailah selepas suatu tempoh. Ia tetap satu advokasi. Ia tidak membawa perubahan besar di peringkat lapangan,” kata Razali yang juga seorang bekas diplomat.
Menjawab kepada soalan mengapa beliau meletak jawatan dua minggu sebelum tamat tempoh tugasnya, beliau berkata ianya bagi memberi SUHAKAM lebih masa untuk bersedia menerima pengerusi baharu.
Topic Berkaitan
#Amri Che Mat
#Human Rights Commission
#Mahathir Mohamad
#Paderi Raymond
#Razali Ismail
#Suhakam
#Tan Sri Razali Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan