awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/12/2024
07:45 MYT
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Manar, Jalan P14, Presint 14 hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, sebagai pendedahan terhadap kelemahan yang berlaku dan menganggap ia satu pengkhianatan besar terhadap negara.

Ringkasan AI
  • Pendedahan RCI mengenai pengkhianatan: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan wujudnya pengkhianatan dalam pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan, yang dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara.
  • Siasatan terhadap Dr Mahathir: RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 2018 yang menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Batu Puteh.
  • Proses perundangan dihormati: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa proses perundangan telah dijalankan dan perlu dihormati, sambil menunggu perkembangan seterusnya.

Tegasnya, menjaga kedaulatan negara seharusnya menjadi keutamaan dan semua pihak diminta menghormati proses undang-undang yang akan berlaku.
“RCI itu mendedahkan kelemahan, dari satu sudut, pengkhianatan yang berlaku kerana setiap inci tanah kita patut diperjuangkan habis-habisan.
“Tetapi nampaknya ada kegagalan telah didedahkan dan ia bukan perkara ringan. Apa-apa kesalahan yang melibatkan soal menyerahkan kedaulatan, dianggap satu pengkhianatan besar kepada negara.
“Walau bagaimanapun, proses undang-undang harus dihormati, jadi kita tengok prosedur berikutnya,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14 Putrajaya.
Terdahulu pada Khamis, RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, mengesyorkan siasatan jenayah dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir mengetuai jemaah menteri pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), yang memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh.
Laporan akhir yang diklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat mengesahkan laporan RCI itu akan dibentang di sidang Dewan Rakyat, minggu depan.
Topic Berkaitan
#RCI Batu Puteh
#wujudnya pengkhianatan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan