awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon

Bernama
Bernama
29/07/2023
15:41 MYT
Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon
Dalam kes melibatkan remaja itu, polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus.
KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 14 tahun antara dua suspek lelaki yang ditahan selepas disyaki menerbangkan dron berhampiran Pusat Penamaan Calon (PPC) Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kes pertama berlaku di PPC Kolej Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu pada 9.45 pagi.
"Susulan itu anggota polis telah mengarahkan suspek berusia 55 tahun untuk menurunkan dron tersebut.
"Polis kemudian bertindak merampas satu unit dron DJI Mini 3 Pro dan satu alat kawalan jauh. Suspek kemudian telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Muhamad Zaki berkata kes kedua dilaporkan berlaku di PPC Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira 10.03 pagi.
"Ketika kejadian seorang remaja berusia 14 tahun dikesan sedang menerbangkan dron di kawasan kejadian. Polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus, suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Kota Bharu bagi tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes tersebut dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
"Pihak CAAM telah dihubungi bagi tindakan lanjut di bawah Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dron
#hari penamaan calon
#prn polis
#PDRM
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan