awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging

Bernama
Bernama
29/04/2025
09:50 MYT
Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan 324 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat. -Gambar fail
SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik di Seksyen 13, di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang remaja lelaki berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik di Seksyen 13, Shah Alam, tetapi cedera pada muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.
  • Mangsa sedang berjoging sebelum didatangi kereta dinaiki dua lelaki, salah seorang mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta.
  • Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan 324 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian kira-kira 5.15 petang itu bagaimanapun menyebabkan remaja itu cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.
"Mangsa sedang berjoging seorang diri di kawasan berkenaan sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki dua lelaki.
"Seorang daripada suspek kemudian turun dari kereta lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa enggan memasuki kereta dan bergelut dengan suspek terbabit sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
Mohd Iqbal berkata remaja itu dibawa ke hospital manakala kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan 324 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani menerusi talian 017-2892628 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan culik
#joging seorang diri
#Seksyen 13 Shah Alam
#cedera di muka dan lengan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan