awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Neram ditemukan lemas

Bernama
Bernama
04/12/2024
03:31 MYT
Remaja lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Neram ditemukan lemas
Mangsa dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram bersama 10 rakannya sekitar 4 petang semalam. -Gambar hiasan/iStock
CHUKAI: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di Felda Neram 1 dekat sini petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Ringkasan AI
  • Mohd Yusuf Adnan, 16, ditemukan lemas pada 8.10 pagi, kira-kira 400 meter dari lokasi terakhir dilihat.
  • Pencarian dilakukan secara berkala di tebing sungai oleh Pasukan STORM JBPM Terengganu.
  • Mangsa dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram bersama 10 rakannya sekitar 4 petang semalam.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Zailani Abdullah berkata Mohd Yusuf Adnan, 16, ditemukan pada 8.10 pagi, kira-kira 400 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi.
"Teknik operasi yang kami lakukan adalah pencarian di tebing sungai secara berkala dan berterusan daripada malam tadi sampai pagi ini. Mangsa ditemukan tersangkut pada dahan kayu yang berada dalam air.
"Keadaan mangsa semasa ditemukan adalah sempurna, lengkap berbaju biru dan seluar trek berwarna hitam. Kita serahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Neram di sini.
Dalam kejadian sekitar 4 petang itu, mangsa dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan bersama 10 rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Neram
#Felda Neram 1
#remaja lemas
#Mohd Yusuf Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan