awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/02/2024
00:15 MYT
Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori
Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan gas di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi, pada Selasa.
"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan gas.
"Remaja yang memandu kereta itu dalam keadaan tersepit dan berjaya dikeluarkan pihak bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Sehubungan itu, Ahmad Mukhlis berkata, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#remaja maut
#kereta langgar lori
#Lebuhraya Elite
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan