awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas ketika mandi di Sungai Sendat, Ulu Yam Bharu

Bernama
Bernama
11/09/2016
14:57 MYT
Remaja lemas ketika mandi di Sungai Sendat, Ulu Yam Bharu
Teman-teman mangsa tidak dapat memberikan bantuan. - Gambar hiasan
Seorang remaja lemas ketika bermandi-manda bersama rakannya di Sungai Sendat, Ulu Yam Bharu dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa Riswan Bastian Sukadi, 20, dihanyutkan air deras dan tenggelam sebelum mayatnya ditemui kira-kira setengah jam kemudian oleh orang awam.
Ketua Polis Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa ke lokasi rekreasi itu bersama beberapa rakannya pada kira-kira pukul 2 petang untuk mandi-manda.
"Mangsa yang tidak pandai berenang dikatakan terjun ke dalam air selepas melihat rakannya berbuat demikian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan jenazah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat, kata Supramaniam.
Sementara itu, rakannya Mohd Ikmal Rahman, 21, berkata arwah juga secara tiba-tiba berubah menjadi pendiam apabila sampai di kawasan rekreasi tersebut.
Menurut Mohd Ikmal, Riswan Bastian tidak banyak bercakap sebelum bertindak terjun ke dalam air selepas melihat seorang rakan lain berbuat demikian.
"Kami cuba nak bantu apabila melihat dia lemas kerana tahu arwah memang tidak pandai berenang, tetapi gagal.
"Arwah sebelum ini memang banyak cakap namun masa tiba di kolam berkenaan dia tidak banyak mulut," katanya sambil menyifatkan arwah seorang yang baik dan disenangi rakan lain.
Topic Berkaitan
#lemas di Sungai Sendat
#mangsa lemas
#tenggelam
#Ulu Yam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan