awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas terjatuh dari benteng penahan ombak Pantai Puteri

Bernama
Bernama
06/11/2021
15:02 MYT
Remaja lemas terjatuh dari benteng penahan ombak Pantai Puteri
MT. Sharvin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas, Jasin, ditemukan sekitar 30 meter daripada tempat dia dikatakan terjatuh. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang remaja lemas selepas terjatuh daripada benteng pemecah ombak semasa berkelah dengan keluarganya di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.
Ketua Zon 1 Jabatan dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairul Nizam Mohamad berkata mayat MT. Sharvin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas, Jasin, ditemukan sekitar 30 meter daripada tempat dia dikatakan terjatuh.
Beliau berkata 14 anggota bomba dari balai Tangga Batu dan Melaka Tengah sampai di tempat kejadian kira-kira enam minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi.
"Operasi mencari oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mengambil masa lebih dua jam sebelum mayat ditemukan di dasar laut kira-kira pukul 2.30 petang, dan ketika kejadian, laut nampak bergelora," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Khairul berkata mayat remaja itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Puteri
#lemas
#Melaka
#tembok penahan ombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan