awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lembam lemas mandi sungai berhampiran rumah

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
03/11/2021
14:35 MYT
Remaja lembam lemas mandi sungai berhampiran rumah
Mayat Muhammad Ariff Danial Anuar, 13, yang juga pelajar Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang ditemui kira-kira jam 5.28 petang. - Gambar/ Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang remaja kurang upaya (OKU) lembam ditemui lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Pengkalan Cicar, Bukit Kuang, Chukai, di sini, hari ini.
Mayat Muhammad Ariff Danial Anuar, 13, yang juga pelajar Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang ditemui kira-kira jam 5.28 petang.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang tinggal di Rumah Murah 2, Bukit Kuang mandi bersama tiga rakan dan adiknya di kawasan kira-kira 600 meter dari rumahnya, jam 1 tengah hari.
"Bagaimanapun, mangsa dikatakan lemas ketika mandi kira-kira 1.30 tengah hari, sebelum keluarga membuat panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang.
"Kira-kira dua jam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mayat mangsa ditemukan di dasar sungai pada kedalaman kira-kira tiga meter," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Topic Berkaitan
#remaja lembam
#lemas
#mandi sungai
#Chukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan