awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia

Agensi
Agensi
29/12/2019
01:40 MYT
Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia
Memetik laporan media antarabangsa, polis Queensland memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun itu terlanggar tiang ketika menuruni bukit semasa meluncur.
Seorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia dalam insiden tragis ketika bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia, pada Sabtu.
Memetik laporan media antarabangsa, polis Queensland memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun itu terlanggar penghadang jenis bollard ketika menuruni bukit semasa meluncur.
Pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.30 petang waktu tempatan dan cuba menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan serius sebelum dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu menuruni bukit dan cuba memperlahankan papan luncurnya sebelum melanggar batu tersebut.
“Beberapa orang cuba membantunya,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.
Sementara itu, polis bertugas daerah Townsville Pemangku Kanan Sarjan Jonathan Searle memberitahu Courier Mail, mangsa yang sedang bercuti bersama keluarganya di Australia memakai topi keledar ketika insiden tersebut.
Difahamkan, mangsa yang belum didedahkan identiti itu bermain papan luncur bersama rakan-rakannya.
Bernama melaporkan remaja lelaki itu berasal dari Kuantan.
Setakat ini, polis masih menyiasat punca kemalangan.
Topic Berkaitan
#Australia
#Cuba
#kemalangan
#Kuantan
#mangsa
#maut
#Media
#meninggal dunia
#papan luncur
#Queensland
#rakyat Malaysia
#remaja
#siasatan
#Townsville
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan