awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, kereta dinaiki langgar lori parkir di bahu jalan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/06/2025
23:30 MYT
Remaja maut, kereta dinaiki langgar lori parkir di bahu jalan
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas kereta dinaikinya mereka merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Hulu Langat, Kampung Sungai Semungkis, pada awal pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut manakala rakannya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Hulu Langat, Kampung Sungai Semungkis, pada awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.32 pagi itu, Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar lori lima tan jenis Hicom.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Penguasa Bomba Kanan I Muhamad Roduan Sudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 pagi dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.
“Kemalangan melibatkan dua mangsa. Seorang mangsa, iaitu pemandu berusia 19 tahun, mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans St John untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Bagaimanapun, penumpang hadapan berusia 16 tahun yang tersepit di tempat duduk berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#remaja maut
#kereta langgar lori
#Jalan Hulu Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan