awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, lima parah kenderaan rempuh belakang lori

Petrus Bernard
Petrus Bernard
20/05/2023
04:30 MYT
Remaja maut, lima parah kenderaan rempuh belakang lori
Pemandu serta empat penumpang lain mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tawau. - Astro AWANI
TAWAU: Remaja lelaki maut, manakala lima lagi parah selepas kereta yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di bahu jalan di Batu 8, Jalan Luasong pada Jumaat
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa lelaki berumur 14 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kalabakan akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.55 petang.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta bersama lima penumpangnya dari Semporna menuju ke Papar.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang parkir di bahu jalan sebelah kiri.
“Semua mangsa terbabit tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, akibat kemalangan tersebut, anak lelaki pemandu kereta disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kalabakan.
“Pemandu serta empat penumpang lain mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tawau,” katanya.
Jasmin berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#Lori
#hilang kawalan
#Jasmin Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan