awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Bernama
Bernama
10/03/2024
15:32 MYT
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan. - Gambar fail
BUTTERWORTH: Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada 4.38 petang membabitkan penunggang motosikal berusia 17 tahun yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Berdasarkan siasatan awal, motosikal dinaiki mangsa dan pembonceng iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai semasa di lokasi kejadian telah terbabas sebelum melanggar tembok pembahagi jalan.
"Akibat kemalangan itu kedua-duanya terpelanting ke laluan bertentangan dan sebuah kereta dari arah Perai ke George Town dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mereka menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi manakala rakan perempuannya cedera parah," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Helmi mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat, manakala remaja perempuan itu turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kemalangan itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5301342.
Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua laluan di Jambatan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#kemalangan
#motosikal
#Jambatan Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan