awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut tersepit, motosikal terlanggar tiang lampu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/08/2019
04:10 MYT
Remaja maut tersepit, motosikal terlanggar tiang lampu
Mangsa telah tersepit di antara motosikal dan tiang elektrik dan disahkan maut di lokasi oleh pihak kesihatan. - Foto JBPM
Seorang remaja Orang Asli maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas lalu terlanggar tiang lampu di Jalan Slim Lama-Tanjung Malim (berhampiran susur keluar UPSI) di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa, Zaimi a/l Omar, 19, dari Kampung Orang Asli Chinggong, Batu 8 Behrang Ulu, maut di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari pekan Tanjung Malim kira-kira jam 8.40 malam.
“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai motosikal telah terbabas sendiri terlanggar tiang lampu.
“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa meninggal di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai motosikal telah terbabas sendiri terlanggar tiang lampu. - Foto JBPM
Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai motosikal telah terbabas sendiri terlanggar tiang lampu. - Foto JBPM
Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) motosikal berkenaan tamat tempoh tahun 2014.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.45 malam.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah motosikal telah terbabas dan melanggar tiang elektrik.
“Mangsa telah tersepit di antara motosikal dan tiang elektrik dan disahkan maut di lokasi oleh pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jalan Slim Lama
#JBPM
#kemalangan
#langgar tiang
#Malaysia
#mangsa
#maut
#Orang Asli
#remaja
#remaja maut
#Tanjung Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan