awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
Gambar bulan Artemis tarik perhatian: Nilai saintifik atau sekadar foto indah?
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU lemas ketika cuba selamatkan adik OKU

Bernama
Bernama
16/12/2017
09:00 MYT
Remaja OKU lemas ketika cuba selamatkan adik OKU
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Nor Dyana Abd Malek, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada 4.50 petang semalam, selepas gagal mengawal dirinya kerana keadaan yang licin.
Seorang remaja kelainan upaya (OKU) ditemui lemas selepas dia cuba menyelamatkan adiknya yang juga seorang OKU di Lata Lembik, Ulu Sungai Cheroh, Raub dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Nor Dyana Abd Malek, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada 4.50 petang semalam, selepas gagal mengawal dirinya kerana keadaan yang licin.
Mangsa yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) difahamkan mahu menyelamatkan adiknya Siti Normala, 15, yang merupakan OKU penglihatan daripada tergelincir semasa berkelah di kawasan rekreasi itu.
"Mangsa disyaki tersangkut di bawah batu dan sehingga 7 petang semalam, pasukan bomba dengan bantuan orang kampung termasuk Orang Asli cuba mengeluarkan mayat mangsa namun gagal kerana arus air yang sangat deras.
"Operasi bersambung semula 8 pagi tadi," katanya semasa dihubungi di sini.
Wan Mohd Zahari berkata mangsa yang beralamat di Jalan Bukit Seladang, Bera itu datang menziarahi abangnya di Kampung Batu Malim, Raub pada Khamis lalu.
Dia bersama 13 ahli keluarganya kemudian pergi berkelah di Lata Lembik pada 3.20 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Malaysia
#mangsa
#mayat
#Nor Dyana Abd Malek
#OKU
#Orang Asli
#Pahang
#Raub
#remaja
#Siti Normala
#Wan Mohd Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan